Seragam besbol
Seragam besbol

Seragam besbol

Seragam besbol ialah pakaian yang dipakai oleh para pemain besbol semasa perlawanan. Kebanyakkan pakaian seragam besbol mempunyai nama dan nombor seragam pemain yang memakainya. Nama dan nombor tersebut biasanya terletak di belakang pakain bagi mengenal pasti setiap pemain. Baju, seluar, kasut, stoking, topi dan topi keledar besbol merupakan sebahagian daripada pakaian tersebut. Para pemain mungkin juga memakai sarung tangan dan ia bukanlah seragam besbol kerana pemain boleh memilih sarung tangan mereka sendiri. Kebanyakkan seragam mempunyai logo dan warna yang berbeza bergantung kepada pasukan.[1]Pakaian seragam besbol pertama kalinya dipakai oleh kelab besbol New York Knickerbockers pada 1840-an. Seragam mereka merupakan seluar yang diperbuat daripada wul berwarna biru, baju flanel berwarna putih dan topi jerami.[2][3][4] Sejak itu, seragam telah mengalami banyak perubahan,[5] dan lebih banyak item, gagasan dan peningkatan lain telah dilakukan dan ditambah pada pakaian ini. Gaya pakaian juga berubah sedikit demi sedikit dari masa ke masa.[2]

Rujukan

WikiPedia: Seragam besbol http://www.19cbaseball.com/image-baseball-caps.htm... http://www.19cbaseball.com/sessearch.php?q=uniform... http://www.americanchronicle.com/articles/57907 http://www.baseball-almanac.com/articles/uniforms.... http://proxy.espn.go.com/espn/page2/story?page=luk... http://www.isnare.com/?aid=139237&ca=Sports http://exhibits.baseballhalloffame.org/dressed_to_... http://exhibits.baseballhalloffame.org/dressed_to_... http://exhibits.baseballhalloffame.org/dressed_to_... http://www.prlog.org/10072203-baseball-uniforms-hi...